me.
Hai Assalamualaikum.
Hari ini hari cuti dan besok merupakan raya cina yang bakal disambut oleh orang cina. Semestinyalah kan ?
Aku dirumah, sendiri, dibuai angin dari kipas. Sejuk. Sejuk walaupun ianya bukan penghawa dingin tetapi kurasa kedinginannya meresap ke dalam tubuhku.
Aku berfikir. Terusan terusan untuk berfikir. Mengapa aku hidup ? Oh. Mengapa aku harus memikirkan soalan ini. Aku dah 14 tahun ! Kenapa baru aku berfikir tentang perkara ini ? Tak. tak. Kekadang juga aku berfikir tentang dosa. Hahaha. Inilah aku, sudah banyak dosa tapi... baru aku memikirkannya sekarang. Yes, Iman aku lemah. Aku akur. Aku mengaku.
Mungkin aku ini bukanlah yang terbaik. Siapalah aku ? Dilahirakn di dunia untuk melakukan amal. Berbuat baik. Tapi, aku leka, aku alpa dengan nikmat duniawi. Aku sering kejar dan terus mengejar sehingga aku terlupa apa tujuan aku dihidupkan di dunia ini. Aku kini dilanda ketakutan. Takut yang amat..
Aku berfikir
berfikir. Mengapa aku harus takut.
Pengecut. Kau pengecut.
Tak, aku cuba untuk nafikannya tetapi...
aku lemah. siapalah aku ?
siapalah aku ?
AKU INI MANUSIA DAN AKU INI PUNYA HATI, PERASAAN DAN EGO SAMA MACAM KAU.
ye. Aku memang manusia. Tetapi aku manusia yang lemah...
Aku ini kerdil dan tidak mampu untuk bersuara. Mengapa ? kenapa ?
takdir Allah melahirkan aku sebegini ?
tak, aku tak boleh salahkan takdir.
Aku boleh mengubahkannya. Aku boleh jadi kuat. ye. aku boleh.
Kini, aku ingin mencuba. Biarlah. Biarlah.
Aku tekad. Aku ingin mencuba. Biarlah aku sendiri. Aku mahu. Aku mahukan segalanya. Aku taknak sakit lagi. Tahu tak ? Sakit sangat. Tuhan je yang tahu betapa sakitnya aku. ya Allah. Terima kasih atas segalanya.
Aku cuba untuk berani. Berani untuk diri aku sendiri. Inilah aku. Saksikanlah wahai dunia. Insan yang kerdil, hina dan lemah ini. Aku.