Sunday, 25 August 2013

eid; farabians

Assalamualaikum hell-o 😄😃😀

Harini merupakan hari paling penat sedunia. Oh ya raya sakan ataupun raya sampai pengsan bukan lalala ditemani oleh teman teman yang gila gila semuanya. Tapi raya, raya jugak, homework, barang barang yang berkaitan dengan sekolah kena juga siapkan ye dok? Tak pasal pasal besok kene pang dengan
cikgu ish ish ish

Well harini seperti yang dirancang farabians akan mengadakan rombongan berhari raya dengan satu kelas tapi yang sedih tu tak semua yang ikut ada juga yang tak ikut sebab ada hal masing masing, tapi nak buat macam mana kena teruskan jugak but seriously  t o d a y  w a s  r e a l l y  f u n


Jadi first tu cadang berkumpul kat surau alhidayah ye seperti yang dimaklumkan adalah perlu ada disana tepat pukul 10 haha tetapi aku lambat sikit tapi sampai sampai tak ramai pun then bersembang sikit lepastu kitorang cadang baik gerak dulu, bila dah sampai tengah jalan terserempak ain and the gang (actually keluar sekolah) semua pakai nz kat mata. So lepastu kitorang pun gerak pergi rumah Fahmi.

Dekat rumah Fahmi mmg cantik, haha act masuk tu malu gila sebab awkward lagipun tahun lepas aku tak join. Then sampai sana ambik makanan then dorang pasal cerita 'The conjuring' haha tu pun diorang skip skip part yang best memang tak paham langsung ceritanya tapi banyak yg mengejutkan dan tak seram (?) okay sambung. Habis makan kat rumah Fahmi, kitorang gerak pergi rumah Athirah haha tak pernah realize pun yang Fahmi jiran Athirah rumah dekat dekat, rumah Athirah nyaman gila kat luar tu wah untung ada beranda /cries/ habis buat aktiviti beraya kitorang gerak pergi kedai Maisya.

*buka kasut* masuk dalam and ayah Maisya peramah sangat sangat sangat sangat best ayah Maisya (y). Ketika itu mak Maisya sedang menyiapkan baju jadi ayahnya menggantikan tempat sebagai ibu. Ayahnya berkata '

Assalamualaikum, jadi pada hari ini saya sebagai ayah Maisya ingin mengucapkan terima kasih dan juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, kalau ada rezeki bolehlah datang tahun depan.

ha, lebih kurang macam tu lah, baik ayahnya. Selepas tu kitorang pergi rumah Aizza HAHAHHAHAHAHAHAHHAA okay rumah ni mmmg comfortable lah bagi kitorang sebab memang dah tahu dah aizza ni macam mana. Tht mmnt when aizza's father made a dumb joke, he said; 'ni rumah aizza ke?' then aizza kata 'HA KAN DAH START MELALUT TU' hahhaha tak boleh bla je mereka berdua ni tergelak gelak semua orang kat dalam tu, and tht mmnt when aizza's father asked budak lelaki 'siapa boyfriend aizza ni?' Rifqi kata 'um, um dia tak datang lah' ayah aizza 'oh sapa dia tu?' Arif or Rifqi 'ammar' then semua orang kat dalam rumah tu 'HA CEH CEH AIZZA CEH CEH AMMAR CEH' hahaha memalu aizza waktu tu hahahah stay strong aizza x keluarga kau memang sporting x

Banyak aktiviti sikit kat rumah aizza sebab kitorang mmg cadang nak main gitar dia tapi aku pun bukan reti sangat pun main lagipun gitar aizza lain daripada gitar Leya *cough* main kucing, iman kene cakar kucing um sian iman sampai darah kut, takpe iman besok birthday kau so be happy instead :)x

After rumah Aizza pergi rumah Haanim, waktu tu dah nak start hujan dah so bila sampai je rumah haanim hujan pun melimpah ruah turun kat bumi dah mungkin sebab kitorang menyanyi sepanjang perjalanan ke rumah haanim jk jk. Tapi waktu kat rumah Haanim sazah wan takda hmm kakak dia je ada jadi kat sana kitorang berteduh lah sekejap tunggu hujan reda sikit then pergi surau solat zohor.

Mmg tak sabar nak pergi surau waktu tu sebab nak campak tudung dalam gaung. *srsly lepasni taknak pakai bawal lagi. Habis tunaikan kewajipan kitorang teduh kejap then sambung pergi rumah Syafiqah. Hahaha syafiqah srsly rock gila oo orang lain semua berbaju kurung ayu gitu tapi syafiqah pergh aku pun rasa nak balik rumah tukar baju t-shirt pakai syria aah bebas. Kitorang tangkap tangkap gambar dan haha amirah ceh ceh ceh untung lah.

Then kitorang pergi rumah asiy kat iris apartment. Sumpah best gila okay apartment um aku tak pernah pergi apartment ish sedih betul. Naik tangga macam nak merisik hambik kau haha semua rombongan mak kiah naik tanggan ramai ramai. Tapi rumah aisy cantik pink gitu aww haha dorang pun lawan pantun antara arif dan amirah haha jet jet nak datang merisik lah ni izzah untuk aisy haha yang aku ingat arif pantun;

''.........sudi,
bila kita nak makan mee kari?''
haha that was the awesome pantun ive ever heard lol takdalah tapi haha pandai kut arif reka ayat time time orang kenyang perut nak pecah tu. Rifqi rakam pantun mereka. Selepas itu kami bergerak ke rumah daddy sapidin yayyyy

sesampainya rumah daddy ramai orang dalam tu tapi bila kitorang masuk je semua keluar haha terima kasih terima kasih /bows/ kitorang pun duduk sambil tgk cerita penguin apa tah namanya tu tapi budak laki suka sangat tgk daripada rumah Aisy lagi. Ustaz tanya aku kenapa tak nak makan haha gilo lah perut nak pecah waktu tu kenyang gila Tuhan je yang tahu.

Then kitorang gerak rumah Hariz. Ya Allah rumah hariz sumpah cantik gila macam dekat hotel pun ada kut moden gitu. Mak dia pun kadang kadang duduk sebelah illi haha then pindah duduk sebelah aku. Waktu tu awkward gila sebab dia tanya soalan tapi srsly mak dia baik dan cantik (y)

After rumah Hariz kitorang gerak rumah Azra pulak memang ish ayah azra dengan kakak dia sanggup ambil kitorang aish gila lah. Nasib baik muat kalau tak haha pepandai kau cari transport. Rasa macam vip pun ada jugak bila naik kereta azra. By the way thanks azra :)

Lepas melakukan aktiviti raya di rumah azra rancang nak pergi rumah Zuzu tapi mak aku dah call haha dia kata nak ambik so sorry zuzu sebab tak dapat raya rumah kau :c

THANKS A LOT GUYS I LOVE YOU SO DAMN MUCH 

so habistu balik balik balik dan disinilah aku update blog kah kah

GAMBAR YANG DITANGKAP OLEH CAMERA NIKON, CANON, NZ SEMUANYA.. DERP OKAY BURUK SANGAT TUDUNG RASA NAK CAMPAK GAUNG




amirah takda :< hmm


farabians;

i love you :)